my pic

my pic

Saturday, September 3, 2011

My first novel= chapter one(Saggitarius Anglle)

Bab Satu= Pertemuan Pertama
Mama…kenapa cikgu bagi buku banyak sangat! beratlah ma..”rungut Raudhah kepada Puan Risya, mamanya.
“Itu namanya cikgu sayang Raudhah… Raudhah kan Angle…” . “Ala ma..cikgu bukan nak bagi buku cerita yang best-best..ni buku Ahmad yang baik hati…bagilah buku Aku Bukan Minah Bunga ke..”ujar Raudhah kepada mamanya.
“Dah..dah..cepat masuk kereta..mama hantar tadika..cepat.. nanti lambat kan..”. Dengan lambatnya Raudhah bangun dari kerusi.
 Dia mencapai beg Mickey Mouse nya yang agak kecil. Maka, terpaksalah dia memegang buku-bukunya sementara menantikan  mama yang ingin membeli beg baru untuk anak kesayangannya.
Pada pendapatnya sekolah tadika tak perlu bawa buku banyak-banyak. Bawa mainan sudah cukup.Tapi dia tak akan bawa mainan. Sebaliknya membawa novel-novel kegemarannya.Lebih-lebih lagi novel yang dikarang Baharudin Bekri dan Ain Maisarah.
Hari ini hari pertama dia ke tadika. Pada permulaannya dia sangka kan dia boleh ke sekolah menengah macam sepupunya  yang berada di tingkatan empat.
 Baru dia tahu dia baru enam tahun dan tak layak ke sekolah itu. Kalaulah boleh, mesti best! Dah banyak abang handsome-handsome. Matang pulak tu.
“Buku berat ! Buku berat ! Buku berat ! Argh!!!” habis buku- bukunya berteraburan.  “Sorry.. sorry.. tak sengajalah..” ujar budak lelaki itu.  Comel betul, baby  face. “ Tolong angkatlah buku-buku saya ni.” Raudhah menunjukkan buku-bukunya  yang berterburan itu.
 “Sorry okay..saya nak jumpa mama saya. Saya pergi dulu..” budak lelaki itu terus berlalu pergi.  “hey!”. Raudhah membongkok dan terus mengutip buku-bukunya yang berteraburan. Hari  yang sungguh malang buatnya. Arghh!!!

Raudah melihat sekeliling kelas itu. Ada banyak bunga matahari. Dekat bunga matahari itu  ada gambar pelajar-pelajar dan nama pelajar tersebut dibawah gambar mereka. Raudhahterpandang gambarnya. Sekali pandang memang comel. Eh,terbangga pula.
Di sebelah gambarnya, eh! Satu kelas??? Ahh..tak mungkin. Dia melihat nama dibawah gambar budak lelaki itu. Irfan Azami. Tidak mungkin saya sekelas dengannya. Tidak!!!
Seorang guru masuk ke dalam kelas tersebut. “Eh, awalnya kamu datang. Sini duduk sebelah cikgu” kata guru itu.Raudhah mengikut sahaja. “Siapa nama kamu?” soal cikgu itu. “Raudhah” jawabnya ringkas.
 “Nur Raudhah Imankan?nama cikgu, Cikgu Khaleeda. Raudhah nanti duduk dekat meja itu ..cikgu dah tetapkan tempat duduk.” Ujar Cikgu Khaleeda. Raudhah mengangguk faham.
Dia meluru ke mejanya. Dialah orang pertama yang tiba di kelas. Orang lain belum sampai lagi.
 Setengah jam kemudian, murid –murid tiba di kelas itu. Tempat duduk di sebelah Raudhah masih kosong.
Ingin juga dia berkenalan dengan  murid yang bakal duduk di sebelah bersamanya.
Raudhah memandang ke belakang. Seorang budak perempuan memakai reben berwarna merah tersenyum kepadanya. “Selamat berkenalan, saya Syuhadah. Aina Syuhadah.” ujar Syuhadah. Raudhah mengangguk faham.
 “ Saya Raudhah. Nama penuh saya Nur Raudhah Iman. Sebelah Syuhadah siapa?” soal Raudhah. Murid lelaki di sebelah Syuhadah hanya diam dan agak perlahan menjawabnya. “ Muhammad Saifullah,” suaranya seperti tidak kedengaran.
Raudhah tersenyum. “Kawan sebelah awak bila nak masuk? Awak tahu ke siapa?” soal Syuhadah kepadanya. “ Saya tak tahu. Entahlah..awak rasa siapa ya?”. “ Entahlah...nanti kita tengok, ya” ujar Syuhadah.
“Okay kelas..selamat pagi. Saya Cikgu Khaleeda. Saya Cuma nak berkenalan dengan awak semua pada hari ini.”. “ Tak belajar ke cikgu?” soal seorang murid. Julia namanya. “ Hari ini kita berkenalan dulu. Esok baru kita mula belajar ya”.
Pintu diketuk. Seorang murid lelaki muncul di balik pintu itu. “ Dah selesai?” soal Cikgu Khaleeda kepada murid lelaki itu seolah-olah seperti mengenalnya. Budak lelaki itu mengangguk.
 “ Kalau macam itu, awak duduk sana. Sebelah Raudhah, ya”. Raudhah cepat-cepat memandang. Siapa yang bakal duduk kerusi kosong sebelah saya.
 Diakah? Eh, kejap! Dia kan..budak lelaki yang tak bersopan dengan saya tu. Tak mungkin saya akan duduk dengannya. Irfan Azami, Tidak!!!
Irfan Azami dengan wajahnya yang selamba duduk di sebelah Raudhah. “ Hai,” sapanya. Raudhah memalingkan wajahnya. “ Saya ada buat salah?”.
“ Ya, ada. Awak memang ada buat salah. Kesalahan itu membuatkan saya muak dengan awak” ujar Raudhah. Irfan menahan sabar. “ Suka hati awaklah. Saya tak mahu masuk campur” ujar Irfan.

No comments:

Post a Comment