Bab Dua= kisah sebenar Irfan Azami
“Irfan, mama tak dapat bawa Irfan jalan-jalan hari ini. Maaf ya. Mama ada kerja sikit nak diselesaikan. Mama pergi dulu ya,” Puan Suraya terus mancium pipi anaknya dan terus pergi. Irfan melihat mamanya yang pergi begitu sahaja.
Sebenarnya, mama sudah berjanji ingin membawanya jalan – jalan. Dia sendiri sudah bersiap tetapi, dia tahu mama mesti abaikan janjinya. Itulah mama.
Irfan ke dapur. “Mak Yam. Irfan nak air oren. Tak sampai.”Irfan meminta air oren kepada Mak Yam. Pembantu rumahnya.
“Eh,Irfan tak pergi jalan – jalan dengan mama ke?” soal Mak Yam sambil menghidangkan air oren kepada Irfan. Irfan hanya diam. Tak mungkin Mak Yam tak mengerti dengan sikap mamanya itu.
Tiba – tiba kedengaran loceng dibunyikan. “ Sekejap tau. Mak Yam buka pintu.” Mak Yam terus ke depan.
“Mak Yam, Irfan ada?” kata lelaki itu. “Kejap ya, Tuan Hariss. Saya panggilkan dia.”ujar Mak Yam. Mak Yam ke dapur kembali.
“ Irfan, papa Irfan datang,” ujar Mak Yam kepada Irfan. Tanpa berkata apa- apa Irfan terus ke depan.
“ Papa!!! Rindunya dekat papa,”. “ Papa minta maaflah Irfan. Dah seminggu papa tak datang. Papa overseas lah sayang. Tapi hari ini. Kita jalan – jalan nak? Mama mana?” Irfan tersenyum namun senyumannya patah kembali apabila Tuan Haris bertanya tentang mamanya.
“ Mama kata ada kerja,”. “ Ala ciannya dia. Ni handsome- handsome ni nak pergi mana?” Irfan hanya senyap.
Baru Tuan Hariss faham. Perempuan ni dah melampau. “Tak apa. Hari ini kita jalan – jalan ya. Papa bawa Irfan pergi taman permainan lepas tu kita makan dekat Big Apple okay.” Irfan terus tersenyum.
Gembira papanya masih mengingati restoran kegemarannya.
Eh, itukan Raudhah. Budak sombong tu. Tapi, dia happy sangat dengan keluarga dia. Ada mama, ada papa bersamanya. Kalaulah saya di situasi itu, mesti seronok sangat.
Mama dan papa, kalau mereka bersama pasti saya gembira. Kenapa mama dan papa tak duduk serumah ya.
“ Irfan kenapa termenung? Habiskan makanan ni cepat. Lepas itu kita beli mainan okay.” ujar Tuan Hariss. Irfan mengangguk. Dia menghabiskan makanannya dengan segera sambil memandang kearah Raudhah yang jauh dari mejanya.
Tuan Hariss memandang tempat yang sama. Barulah dia mengerti yang Irfan inginkan kebahagiaan daripada ibu bapanya. Bahagianya mereka.
Irfan melihat mereka keluar dari restoran ini. Dia terkedu apabila melihat papa Raudhah mendukung Raudhah dengan manjanya.
Terus ditolak makanannya ke tepi. Dia tidak mahu makan. “ Papa jom”. “Kenapa tak habiskan makananya?”. Irfan menggeleng. Tuan Hariss mendengus. Kasihan anakku ini.
“Kalau macam tu, kita pergi tengok wayang nak tak? Irfan nak tengok cerita apa?” kata-kata Tuan Hariss sedikit pun tidak menghiburkan Irfan.
“Irfan, papa tak nak tengok Irfan sedih macam ni okay,”ujar Tuan Hariss. Irfan mengangguk perlahan.
“Malam ni Irfan tidur rumah papa nak? Nanti papa beritahu mama okay,” Irfan hanya mengangguk. “Jom, tengok wayang. Irfan nak tangok ceita apa?”. “Pirrates Of The Carribean boleh pa?”. tuan Hariss tersenyum. “ Mestilah boleh. Untuk anak papa”
No comments:
Post a Comment