Bab Enam= Personal Asistant
Lima belas tahun kemudian,
Raudhah mematikan jam locengnya yang baginya ‘memekak sahaja’. Dia melihat jam. Baru pukul tujuh.
Dia melihat jam sekali lagi. Arghh!!! Pukul tujuh? Dia terus bangun dan mengemas bilik tidurnya. Bilik tidur kena kemas ya. Jangan sepah – sepah.
Selepas mengemas bilik tidur, dia bangun dan mencapai tualanya. Setelah lima minit di dalam bilik air. Dia bersiap – siap dan terus turun ke bawah. “ Mama,” Raudhah mencium pipi mamanya. “ Papa tak?” soal Encik Lukman. “ Yalah papa,” Raudhah mencium pipi papanya pula.
Dia terus ke pintu hadapan. “ Raudhah, tak makan ke?”. “ Tak apa ma, Raudhah tak sempat. Nanti jalan jem. Bye ma,” Raudhah terus masuk ke dalam kereta dan memandu dengan berhati-hati.
Hari ini hari pertamanya dia bekerja sebagai pembantu peribadi dengan Saggie. Nak tahu siapa Saggie? Saggie adalah penyanyi ahli kumpulan Saggitarius Band. Saggitarius Band adalah ahli kumpulan yang paling diminati di seluruh Malaysia.
Aduh, masalah apa pula ni? Jalan jem? Dah pukul 7.45 ni. Mesti Encik Saggie marah ni.
Lambatnya.. macam mana ni?
Raudhah memegang rantai yang terkalung di lehernya. Irfan, nak tahu hari ini hari pertama Raudhah akan bekerja. Macam mana dengan Irfan ya? Irfan dah bekerja agaknya ya.
Setelah setengah jam, jalan kembali lancar. Raudhah berasa lega. Namun,jam dah menunjukkan 8.15 pagi.
Dia membelok keretanya masuk ke dalam Syarikat Saggitarius Studio. Dia memarkir keretanya di antara kereta BMW dengan kereta Naza Ria. Cantiklah kereta BMW ni! Fuhh! Makan ratus ribu duit oii!
Dah lambat ni. Raudhah terus ke lif dengan segera. Dia terus ke kaunter. “Maaf, saya Nur Raudhah Iman, pembantu peribadi baru Encik Saggie. Boleh saya tahu di mana biliknya?”kata Raudhah.
“Encik Saggie tengah marah tu. Cepat jom,” kata Tiara. Tiara mengetuk pintu bilik Saggie. “ Encik, dia dah sampai,” kata Tiara. “Suruh dia masuk,” kata Saggie dengan tegas.
“Maaf encik, saya lambat. Tadi ada kesesakan jalan raya dekat highway jalan,”. “Cukuplah tu. Siapa nama awak?” soal Saggie. “ Raudhah,” jawab Raudhah ringkas.
“Nama penuh,” suaranya dikeraskan. “ Nur Raudhah Iman,” Saggie terus memandang Raudhah. Dia menatap wajah Raudhah yang mulus. Arghh!!! Tak mungkinlah!
“Tolong belajar dengan Tiara atau Yasmine. Tiara, nanti awak tolong ajar dia tugas dia,”kata Saggie.
Tiara mengangguk. “Jangan lupa untuk kenalkan dia pada para pekerja,” kata Saggie.
“ Umur awak?” soal Saggie. “ Dua puluh satu,” jawab Raudhah. “ Sebaya,” jawabnya ringkas. Sebaya? Muka macam tua sikit. Sebaya rupanya. “Okeylah, tiada apa-apa lagi. Nanti awak ikut saya pukul dua untuk satu sesi temuduga dengan wartawan suratkhabar Harian Metro. Saya tak nak awak leka,”
Raudhah mengangguk dan melihat Saggie pergi begitu sahaja. “ Kak Tiara,” kata Raudhah. “Encik Saggie memang macam tu. Dia tak suka orang lambat-lambat and dia tak suka orang masuk bilik dia tanpa kebenaran. Maksud akak bilik hujung itu. Jangan masuk tau Raudhah,” kata Tiara. Raudhah mengangguk faham.
“ Jom, saya kenalkan dekat semua tenaga kerja syarikat ni,”kata Tiara. “ Akak tahu siapa nama sebenar Encik Saggie?” soal Raudhah.
“ Itulah yang paling pelik Raudhah. Tiada siapa tahu nama sebenar Encik Saggie dalam syarikat ni. Apa jua urusan dia akan menggunakan nama syarikat and nama Saggie,” ujar Tiara.
Kenapa ya ada orang yang pelik dekat dunia.
No comments:
Post a Comment