my pic

my pic

Saturday, September 3, 2011

chapter seven(Saggitarius Anglle)

Bab Tujuh= Kisah Langgar Kereta
Jam menunjukkan pukul dua petang. Saggie dan Raudhah menaiki kereta milik Saggie. Lah, saya parkir kereta sebelah dia rupanya. Kereta Jaguar itu dia yang punya rupanya. “ Tak boleh keluarlah pula,” Saggie mengundur ke belakang dan..
Dumm!!!
“ Alamak, kereta Myvi siapa ni? Dah terlanggar pula.” Ujar Saggie. “ Arhh... En, Encik Saggie kenapa langgar kereta saya,” ujar Raudhah lalu terus keluar dari kereta Jaguar milik Saggie .
 “ Kereta awak ke?” soal Saggie. Raudhah mengangguk. Raut wajahnya amat bengang sekali. “ So, sorry,” . “ Macam mana ni? Nak minta duit paapa lagi? Mesti papa, ala macam mana ni Encik Saggie,”
“ Okaylah, saya akan ganti balik kerugian yang Raudhah hadapi. Nanti saya call bengkel ambil kereta awak. Dah 2.30 ni, jom,” Saggie membukakan pintu keretanya untuk Raudhah. Raudhah tersengih. Kenapa pula dengan mamat ni.
Mereka terus ke lokasi temu bual di hotel Damansara. “ Err, saya memang betul- betul minta maaf ya.” Kata Saggie. “ Iyalah tu, nasib baik ada yang tolong bayarkan , kalau tak, naiya saya nak bayar kerugian sendiri,” ujar Raudhah.
 “ Ehem, sindir bos sendiri nampak,” gurau Saggie. Raudhah hampir terlupa yang dia sedang berbicara dengan bosnya. “ Maaflah bos, sebenarnya saya tak sengaja. Habis bos dah langgar kereta saya tadi. Siapa-siapa pun marah juga kereta dia kena langgar,” kata Raudhah.
“ Awak memang macam ni ke?” soal Saggie. “ Maksudnya?” soal Raudhah pula. “Banyak bercakap, suka membebel, apa lagi yang boleh saya kata,”. “ Habis, encik memang macam ni ke?” soal Raudhah pula. “Macam mana?”.
“ Buat muka masam, tegas, garang, mcam Hulk pun ada,” ujar Raudhah. Saggie ketawa. Ahh.. cutenya..
“ Pandai kenakan saya balik. Dah sampai, jom cepat. Kita dah lambat ni,” ujar Saggie. Dia terus berjalan laju meninggalkan Raudhah di belakang. “Macam lipas,”ujar Raudhah sendirian. “ Saya dengar,” kata Saggie. Raudhah menutup mulutnya.
 
“ Maaf, saya lambat,” ujar Saggie. “ It’s okay, wartawan pun tak sampai lagi. Hah tu, panjang umur,” kata Zurhan, pemain drum.
Sufian, pemain gitar melihat Raudhah. “ Wah, Saggie dah maju ke?” soal Sufian. Saggie tidak mengerti maksud Sufian, “ Apa yang maju?” soal Rahman.
 “Tu, bawa awek..hahaha,” Sufian tergelak besar. “ Itu P.A saya, ada apa-apa masalah?” Saggie cuba bertegas. Mereka semua tersengih sesama sendiri. Namun dalam sekelip mata, semua terdiam memandang wartawan yang cukup wow!
Permpuan itu berjalan seperti model. Satu langkah, dua langkah, tiga langkah, ke hadapan. Amboi, lemah betul. Saggie menggelang. Apa nak jadi dekat diaorang semua ni? Tak habis – habis.
“ Hello, I’m sorry you all. I’m late five minutes, right?” kata wartawan itu. “Nampaknya begitulah.  So, boleh mula?” Saggie tak mahu mereka berada alam bawah sedar pula. Raudhah tersengih melihat sifat Saggie yang tak cair itu.
“Err, Saggitarius Band, adakah benar kalian akan membuat satu konsert iatu ‘Konsert Memori Lama’. Membawakan lagu –lagu Allayarham Sudirman,” kata wartawan itu.
“ Konsert itu memang akan diadakan pada hujung bulan ini, 27 Mac 2011 di Angsana, Johor. Harap maklum. Jangan lupa datang okay! Tunggu orang-orang Johor” kata Sufian.
Raudhah memandang Saggie. “ Err, betulkah saya kena ikut sekali?” soal Raudhah. Saggie mengangguk. “ Awak minat Nura Natalia tak?” soal Saggie.
“ Eh, minat. Sangat- sangat minat. Dia dahlah comel. Bergaya macam artis Korea, group Girls Generation. Macam tulah. Dahlah comel – comel,” puji Raudhah.
Saggie mencebik. Nura cantik? Tolonglah... “ Saya akan menyanyi dengan dia masa konsert amal tu nanti. Kalau rasa nak minta tandatangan dia, saya boleh tolong mintakan.” Kata Saggie. “ Serius? Yes!!! Tolonglah Encik Saggie...” kata Raudhah merayu.
Nura Natalia, penyanyi yang digemari ramai. Tapi, bagi Saggie Nura tak ada apa yang spesial pun.
Kenapa syarikat suruh nyanyi dengan dia. Konon gandingan ‘kacak dengan ayu’ ke ‘kacak dengan layu’.
“ Kereta awak dekat bengkel. Esok siaplah. Sebagai balasan, saya hantar awak balik. Tak kisah?” soal Saggie.
 “Mestilah saya kisah. Kalau mama saya tanya entah boyfriend mana saya bawa balik rumah. Nak kena ke? It’s okay, saya boleh call papa suruh ambillah.”
“Okay, saya pun tak kisah. Esok, jangan lupa ambil dekat bengkel tau,” ujar Saggie. Raudhah mengangguk.
Sampai sudah di Syarikat Saggitarius Band Studio. Raudhah terus masuk ke dalam pejabat dan mengemas mejanya walaupun sebenarnya ia sudah rapi.
“hello, papa,”
“Kenapa? Call papa nak ajak makan ke?” jawab papanya selamba.
“Tengoklah nanti, tapi papa kena belanjalah. Raudhah masuk gaji bulan depan.”
“Kenapa call papa ni?”
“Kereta hantar bengkel. Tadi bos langgar,”
“Amboi, baru satu hari kerja bos dah langgar kereta,”
“Cepatlah pa datang sini, Raudhah tunggu ni.”
“Setengah jam lagi papa sampai, okay,”
“Thanks pa,”
Raudhah mematikan phonenya. Dia terus ke hadapan pondok menunggu bas. “Hai cik,seorang nampak,” kata seorang lelaki. “ Hei, siapa tu?” Raudhah mencari-cari suara itu.
“Cik tak takut ke seorang diri macam ni,” kata suara itu. “Eh, kau jangan lebih kau, ada juga kena dengan aku ni. Mulut kau jaga sikit. Macam aku takut. Kalau berani sangat, keluarlah,” Raudhah terus bertekak.
“Hey, relax okay, cooling down... inhale..exhale..inhale..exhale.. ni saya lah,” suara itu mula menunjukkan dirinya. “ Sufian? Apa awak buat dekat sini?” soal Raudhah apabila melihat wajah Sufian.
 “ Saja..bosanlah dekat rumah. Well, pengawal itu pun dah cam muka saya dah. Suara pun boleh kenal.
Awak tak balik lagi? Dah jam 9.00 ni, nak saya hantar awak balik ke?” Sufian menawarkan dirinya. “ Tak apa, papa saya sampai sekejap lagi,” kata Raudhah. Sufian mengangguk faham.
“Papa awak hantar setiap hari ke? Rajinnya,” ujar Sufian. Raudhah menggeleng. “Kereta saya tadi ada orang langgar, dekat bengkel sekarang. Esok pagi baru boleh ambil,” jelas Raudhah.
Sufian mengangguk. “Papa saya dah sampai, saya pergi dulu, ya” Raudhah terus pergi ke kereta papanya yang baru tiba.
“Heh, papa nak tanya ni, Raudhah jawab nak?” ujar papanya. “Apa tu papa?”. “Raudhah tak nak sambung study?” soal papanya. Raudhah diam. “Papa tanya ni,” kata papanya.
“ Raudhah fikir dululah pa, lagipun Raudhah nak cari pengalaman. Nanti lepas study boleh cari kerja yang bagus sikit,” kata Raudhah.
Dia membelek-belek rantai yang dipakainya. “Raudhah tak jemu ke? Dah lima belas tahun Raudhah asyik belek setiap hari. Papa tahu rantai tu mahal, sangat mahal,” kata papanya.
Memang betul.Raudhah pernah memeriksa rantai ini. Kata pemilik emas itu, emas putih ini sangat bernilai dan kemungkinan harganya 100,000. Pernah dia terfikir, kenapa Irfan berkorban untuknya?
Kata penjual itu lagi, emas ini ditempah khas dan bukan senang untuk memperolehinya.
Biarlah, andai kita dapat berjumpa lagi, apa yang boleh saya katakan, awak, saya rindukan awak? Tolonglah.. formal sangat. Macam Hikayat Merong Mahawangsa pula.
Sedar tak sedar, dia telah tiba di rumahnya. Dia terus berlari ke atas, mempersiapkan diri dan terus turun makan. “ Err, papa. Nampaknya papa terpaksa hantar Raudhah esok. Tapi, Raudhah nak ambil kereta dulu,” ujar Raudhah.
“Yalah, esok papa hantar. Tapi, kalau ada hal. Sorry ya sayang, papa tak dapat hantar. Suruhlah mama,” ujar papanya. Raudhah mengangguk.
Dia menyuap makanan dengan berhati – hati. “ Ma, bulan depan kan ma, Raudhah terpaksa ikut Encik Saggie pergi Plaza Angsana, Johor. Dia nak buat konsert dekat sana,” ujar Raudhah.
“Konsert apa Raudhah?” soal papanya. “Konsert Memori Lama. Saggitarius Band bawa lagu-lagu Allayarham Sudirman pa, ma,” ujar Raudhah lagi.
“ Konsert amal ke?” soal mamanya pula. Raudhah mengangguk. “ Nak tolong mangsa- mangsa tsunami dekat Jepun. Kasihan kan ma dekat rakyat Jepun tu kan? Habis rumah diranap begitu saja,” kata Raudhah.
“Pandai anak papa , ya” kata papanya. Raudhah tersengih. “Eh, mestilah. Papa baru tahu ke? Anak papa ni bukan sahajanpandai pa, malah super pandai. Nak lebih hebat? Hyper genius tau!” ujar Raudhah.
Mama dan papa hanya tergelak mendengar keletah Raudhah.
“ Nura, Saggie ada dekat dalam. Dia dengan P.A dia,” kata Zurhan. “P.A? sejak bila dia ada P.A pula? You tak bagi tahu I pun. I pun nak tahu juga. Macam mana terbuka hatinya ambil P.A pula,” kata Nura Natalia. Artis paling cute, comel, cantik, ayu, anggun, dan segalanya lah.
Satu saja masalah dia. Tergila-gilakan Saggie. Untuk pengetahuan am, Saggie tiada berpunya. Pasal tu ramai gila minat dekat dia.
Nura terus masuk ke dalam. “ Arhh,,, what are you doing baby.. you dengan siapa ni? Hey budak, get out from here. Now!!” ujar Nura dengan suara gediknya.
“ Oii,, you ni kenapa. You tak nampak kepala i tengah kusut ni. Yang you tergedik-gedik macam minah sewel ni kenapa? Dahlah datang tu lambat, you tengok, pukul berapa sekarang. You buat undang-undang sendiri ke?!” Saggie mula naik berang.
Raudhah takut mendengar Saggie marahkan Nura. Nura mula menangis. “You, you, sampai hati..” Nura terus keluar dari bilik Saggie. Raudhah menelan air liurnya.
“Sambung,” ujar Saggie perlahan. “Err,” Raudhah mula tergagap-gagap. Saggie mendengus. Dia terus mengambil kertas pada tangan Raudhah.
“Okay, awak tak payah nervous macam ni. Awak takut saya marah awak ke?” soal Saggie lembut. Raudhah pantas menggeleng. Dia meneruskan perbincangan mereka tentang persiapan kesana. Raudhah meluakan isi hatinya.
  “Err, Encik Saggie. Sebenarnya, emm..saya..saya..tak.. tak biasa jauh dari mama dengan papa. Encik Saggie kata lama. Sebulan kan,” kata Raudhah.
“Cuba hidup berdikari sikit.” Saggie menjeling kepada Raudhah. Dia bangun dan terus keluar. Raudhah melihat sahaja.

No comments:

Post a Comment