my pic

my pic

Saturday, September 3, 2011

chapter four and five(Saggitarius Anglle)

Bab empat= luahan hatiku
Wajah Irfan kelihatan murung hari ini. Raudhah memandang Irfan sepi. Dia tidak mahu mengganggu Irfan yang sedang bersedih. Namun, hatinya ingin tahu apa yang sedang berlaku.
“ Irfan,” sapa Raudhah. “Hmm,” jawabnya perlahan. “Awak ni kenapa? Awak ada masalah ke?” soal Raudhah. Irfan menggeleng. “Habis tu, kenapa awak masam pagi-pagi ni. Macam tertelan petai je,” ujar Raudhah.
“Petai? Apa masalah saya dengan petai. Kalau awak, saya tak tahulah. Awak tak suka petai ke?” soal Irfan. Raudhah menggeleng. “Petai tak sedap. Saya pun tak tahu kenapa petai tak sedap,” kata Raudhah. “Heh, saya baru nak tanya kenapa petai tak sedap bagi awak,” Irfan tersengih.
“Sekarang, saya nak tuntut janji saya,” ujar Raudhah. “Janji? Saya janji apa dengan awak? Awak jangan nak pau duit saya pergi belanja ais kacang dekat depan tadika tu. Saya tak janji pun,” kata Irfan.
“Saya tak suruh awak belanja ais kacang dekat depan tu, tapi kalau boleh, awak belanjalah saya,” kata Raudhah sambil tersengih. “Hish, tak malu langsung! Tapi bukan giliran awak ke belanja saya ais kacang. Tak silap sayalah,” kata Irfan.
Raudhah tersengih. Langsung dia tak ingat hari ini giliran dia untuk belanja Irfan makan ais kacang. “Okeylah, hari ini saya akan belanja awak makan ais kacang. Tapi, saya nak tuntut juga janji saya,” kata Raudhah.
“Apa yang saya janji dengan awak?” soal Irfan kembali. “Lupa ya, saya ingatkan. Awak kan dah janji dengan saya awak akan sentiasa senyum sampai bila-bila. Kalau awak ada masalah, kongsilah dengan saya,”ujar Raudhah sambil tersenyum.
Akhirnya Irfan tersenyum. “Hah, kan dah tunai janji tu. Awak ceritalah masalah awak,” kata Raudhah. “Awak tak akan faham, Raudhah. Awak tak rasa apa yang saya rasa,” kata Irfan.
“Cuba awak cerita, sekurang-kurangnya saya tahu,” kata Raudhah. “Pernah tak awak nampak mama dengan papa awak bergaduh?” soal Irfan. “Kenapa? Mama dengan papa awak bergaduh ke?” soal Raudhah.
Irfan mengangguk. “Hmm, papa dengan mama saya bergaduh malam tadi,” kata Irfan. “Kalau awak tak kisah, saya boleh tahu kenapa?” soal Raudhah. “Saya sendiri tak tahu Raudhah. Awak tahu apa tu cerai?” soal Irfan. Raudhah menggeleng.
“Hmm, saya pun tak tahu. Sekarang, papa dengan mama tak bersama. Kalau berjumpa un semata-mata nak ambil saya,” kata Irfan.
Raudhah memandang wajah Irfan. Sepi sahaja.  “Hmm, nak buat macam mana, kita ni bagi mereka hanya kanak-kanak yang tak mengerti apa-apa. Tapi, mereka silap. Kita pun ada perasaan. Macam mana pun, saya tetap akan di sisi awak sebagai sahabat dan pendorong awak. Sebab saya Anglle..kan?” ujar Raudhah.
Irfan tergelak. “Oh ya, kalau awak Anglle..tolong belanja ais kacang dekat depan tadika ya,”kata Irfan. Raudhah mencebik. “Okey, balik ni saya belanja awak,”kata Raudhah. “Yeay!” sorak Irfan.

bab Lima = kau pergi
Tuan Hariss dan Puan Suraya sedang bertelingkah sebaik sahaja Irfan pulang dari tadika. “Kenapa awak cuma beritahu Mak Yam yang awak bawa pulang Irfan kerumah awak tanpa memberitahu saya,” ujar Puan Suraya.
 “ Tak guna kalau saya beritahu awak sekali pun kalau awak hanya cakap ‘okay,ya,’ apa – apa sajalah sebab awak tak sayang dan tak pedulikan Irfan! Eh, saya tak faham kenapa mahkamah syari’ah serahkan Irfan pada seoang ibu yang hanya mementingkan kerjayanya dan mengabaikan anaknya. Tak sia- sia saya ceraikan awak. Awak dengar sini, saya akan mohon dengan mahkamamah supaya Irfan bersama saya. Faham!”
 Tuan Hariss memegang tangan kecil Irfan. “ Irfan ikut papa, kita pergi Kuantan sekarang,” Irfan tak berkata apa – apa. Dia hanya menurut sahaja. Dia tidak mengerti apa yang terjadi kepada mama dan papanya. Cerai? Apa bendakah itu?
Sudah seminggu Irfan tidak hadir ke sekolah. Seminggu jugalah Raudah tidak tahu kemana perginya Irfan. Tak mungkin dia demam? Jangan-jangan dia.. eh takkanlah. Kenapa ya agaknya dia tak hadir?
Patutkah saya bertanya Cikgu Khaleeda? Pasti dia tahu sebab Irfan pernah kata Cikgu khaleeda ialah sahabat mamanya. Tak mungkin Cikgu Khaleeda tak tahu.
Raudhah kemeja Cikgu Khaleeda. “Cikgu,”ujar Raudhah. “Ya Raudhah, kenapa Raudhah?”. “ Saya nak tahu kenapa Irfan tak datang sekolah?” soal Raudhah.
 “ Oh,Raudhah, ini surat daripada Irfan. Irfan bagi pada cikgu suruh bagi pada Raudhah. Ni, hadiah untuk Raudhah katanya. Untuk pengetahuan Raudhah, Irfan dah pindah ke Kuantan,” kata Cikgu Khaleeda.
 “ Pindah ke Kuantan?” ulang Raudhah. Cikgu Khaleeda mengangguk. Raudhah terus duduk di mejanya membawa surat dan hadiah yang dikirim oleh Irfan.
Nur Raudhah Iman.sepanjang dua minggu Irfan berkawan dengan Raudhah, Irfan sayang sangat nak tinggalkan kawan yang baik macam Raudhah. Masa mula-mula Irfan jumpa dengan Raudhah, Irfan rasa best sangat kawan dengan Raudhah. Raudhah ni kelakar tapi kdang-kadang sombong dan garang. Raudhah banyak tenangkan Irfan masaa Irfan tengah sedih. Sekarang, Irfan ikut papa dekat Kuantan, Pahang.
 Irfan tak tahu kenapa tapi Irfan kirimkan anak patung Mickey Mouse kegemaran Raudhah dengan rantai ada huruf ‘I’,papa yang yang pilihkan spesysal special untuk Raudhah tau! Jangan lupakan Irfan tau! Papa kata kalau ada jodoh, Irfan dengan Raudhah mesti jumpa lagi.Buku yang Raudhah conteng tu Irfan tak padam tapi Irfan koyakkan dan letak dalam frmae frame. Bye Raudhah. Jangan lupa pakai rantai tu. Kalau rindu dekat Irfan, tengoklah Mickey Mouse tu.
Ingat tau! Jangan lupakan Irfan. Irfan tak akan lupakan Raudhah. Sampai Irfan besar. Ingat tau Raudhah.
Sekian,
Irfan Azami.
Bye Raudhah…

“ Irfan,” Raudhah membuka balutan hadiah itu. Anak patung Mickey Mouse yang sangat comel. Di leher anak patung itu dikalungkan rantai huruf ‘I’. Raudhah memakai rantai itu. Dia kemudian memeluk anak patung Mickey Mouse dan menangis. Dia merasakan dia kehilangan Irfan selamanya. Irfan..
“ Raudhah, kenapa ni? Cantiknya..siapa bagi rantai ni? Comelnya anak patung ni. Siapa bagi?” soal Puan Risya, mamanya. “ Irfan,” Raudhah terus menangis. “ Raudah, janganlah menangis. Cuba cerita siapa Irfan?” kata mamanya.
 Raudhah tanpa menjawab soalan mamanya terus naik ke atas. Dia membuka pintu biliknya dan terus menghempaskan dirinya keatas katil. Dia memeluk anak patung Mickey Mouse nya seerat-eratnya. “ Suatu hari nanti, kita pasti jumpa lagi,” kata Raudhah sendirian.
Pada malamnya,dia tidak keluar dari biliknya. Dia masih merasa kehilangan sahabatnya itu. Puan Risya mengetuk pintu bilik Raudhah. “ Raudhah tak nak makan ke?” soal mamanya. “ Nantilah,” jawab Raudhah.
 “Mama,” ujar Raudhah. “ Ya,”jawab mamanya. “ Kata papa Irfan, betulkah kalau ada jodoh, Raudhah dengan Irfan akan berjumpa lagi?”. “ Maksud Raudhah?” soal mamanya lagi.
 “Irfan kata dia dekat Kuantan, Pahang. Dekat mana tu mama?”kata Raudhah. “Oh, jadi Irfan pindahlah?”. “ Dia tak cakap pindah, tapi dia kata dia ikut papa dia pergi Kuantan. Mesti jauh kan mama?” kata Raudhah.
“ Taklah,” kata mamanya. “ Jadi, maknanya Raudhah dengan  Irfan akan jumpa lagi?” soal Raudhah. “ Insya Allah. Sekarang, kita turun makan okay,” kata mamanya. Raudhah mengangguk. Dia tersenyum. Suatu hari nanti, bila dia dah dewasa, dia akan cari Irfan. Pasti!

No comments:

Post a Comment