my pic

my pic

Saturday, September 3, 2011

chapter eight(Saggitarius Anglle)

Bab Lapan= tersingkap segalanya
Saggie duduk di bawah sepohon pokok yang rendang. Raudhah membawa air Revive untuknya. Dia duduk di sebelah Saggie. “Kongsilah masalah awak,” kata Raudhah.
Saggie diam. Dia tak mahu berkata apa-apa. “Awak apa tahu. Awak tak pernah rasa kehilangan,” kata Saggie perlahan.
“Siapa kata? Awak je yang tak pernah sedar.” Kata Raudhah. “Saya pernah kehilangan orang yang saya sayang. Saya setiap hari berdoa supaya saya akan bertemu dengannya. Tapi, sampai sekarang dia belum cari saya lagi. Entahlah, mungkin dia dah lupakan saya,” air mata Raudhah menitis.
Saggie melihat wajah Raudhah. “ Tak semestinya. Mungkin dia tengah cari awak. Saya banyak kehilangan orang yang saya sayang. Saya kehilangan ayah masa saya umur 17 tahun. Ayah sakit jantung.
Saya kehilangan mama masa umur saya lapan tahun. Awak tahu kenapa?”. “Kenapa?”. “Mama jadi gila lepas papa pisahkan saya dengan mama. Dia meninggal sebab kena langgar treller. Dia lari dari rumah. Mak Yam, pembantu rumah tak perasan masa tu.” Saggie mula menitiskan air mata.
Saggie memejamkan matanya. Dia bersandar di sebelah Raudhah. “Awak tahu, saya pernah kehilangan orang yang paling saya sayang masa waktu kecil. Saya malas nak sebut nama dia, saya harap dapat jumpa dia lagi.” Kata Saggie perlahan.
Raudah hanya diam.kasihan Saggie. Dia banyak menempuh dukanya. Tiada siapa yang tahu kesedihan hatinya.
Dia fikir dia yang kehilangan. Tetapi ada lagi yang lebih kehilangan. Baru dia sedar. Saggie bukanlah sempurna.
“Waktu sedih, sakit, saya terpaksa tanggung sendiri. Orang memandang saya mempunyai segalanya. Tapi tak, saya merana.
Awaklah orang pertama yang bertanya apa masalah saya. Saya tak tahu kenapa tapi awak selalu perhatikan saya. Saya tak pernah cerita pada sesiapa termasuk mama dan papa kesedihan, keperitan saya kerana mereka ambil mudah dan sering membangkang saya.
Mereka merasakan yang saya hanyalah anak kecil yang tak mengerti apa-apa tentang dunia. Mereka silap. Pekerja di syarikat saya melihat kegembiraan, kejayaan saya mentadbir syarikat tapi mereka tak pernah tahu kesedihan saya.
Setiap pagi, saya selalu tegas dan jarang senyum. Orang ramai mengklasifikasikan saya seorang yang macho. Apa ni? Pelik betul.” Ayat terkhir Saggie membuatkan Raudhah ketawa. Raudhah memandang Saggie. “Ayat ‘macho’ tu tak lepas tak boleh ke?” ujar Raudhah. Dia tersenyum. “Sempat awak senyum.” Kata Saggie.
“Mama saya kata, kita kena senyum walaupun kita tengah sedih. Senyum sikit,” ujar Raudhah. Saggie hanya diam. “Senyumlah,” Saggie terus tersenyum. Tergugup Raudhah dibuatnya.
 “Kan, comel tu. Mulai hari ini saya nak awak senyum dekat saya hari-hari. Bukan dekat saya, tapi dekat semua orang. Promise?” kata Raudhah sambil menunjukkan jari kelingkingnya. Saggie menyambutnya. “Okay, promise,” Saggie membuat muka comelnya. Dia tersenyum. Entah mengapa hatinya bahagia sekali bersama Raudhah.
“Saya nak masuk dulu,” Raudhah terus bangun. Saggie menarik tangannya. Raudhah berpaling. Saggie tersenyum. “ Sini dulu,” ujar Saggie. Raudhah duduk kembali di sebelah Saggie.
Saggie memandang ke langit. “Tengok, banyak tak bintang malam ni,” ujar Saggie. Raudhah memandang ke atas. “Cantiknya. Saya tak pernah tengok bintang cantik macam ni,”kata Raudhah.
“Boleh tak, awak bersinar macam bintang dekat atas tu? Saya nak awak jadi macam angle. Disebabkan langit warna biru. Saya nak awak jadi Blue Angle. Angle yang sering menyinari diri saya dan awak.” Kata-kata itu membuatkan Raudhah sedikit terkejut.
Mana dia tahu saya ni suka warna biru. Mana dia tahu masa kecil-kecil dulu saya sering dipanggil mama, Angle.
Raudhah tesenyum. Dia memandang Saggie. “Okay,”jawabnya. “From now, saya akan panggil awak Anglle. Boleh Anglle?” kata Saggie. Dia tersenyum kepada Raudhah. Opss, Angle. Anggle mengangguk dan tersenyum.
“Tapi, ada satu saja permintaan saya,” ujar Saggie. Anglle memandang Saggie. Dia menggenggam tangan Anglle. “Jangan panggil saya encik lagi. Saya nak awak panggil Saggie saja,” kata Saggie. Dia merenung Anglle. Anglle tersenyum. Saggie tersenyum kembali. “Anglle,” ujar Saggie. “Ya, Saggie..” jawabnya lembut. Mereka saling berpandangan dan tersenyum.
Malam ini adalah malam yang paling indah.
Raudhah tersenyum riang. Di terus ke mejanya yang terletak berhampiran bilik Saggie. Saggie keluar dari biliknya. “Anglle,” ujarnya. “Ya,” ucap Raudhah riang. “Awak boleh teman saya makan tenagh hari ni. Saya ada temu janji tengah hari ni. Boleh?” soalnya. Raudhah tersenyum. “Anything for you, Saggie,”
Semua pekerja memandang mereka. Demam ke Saggie dah tersenyum ceria pagi-pagi. Raudhah pun. Saggie tak panggil Raudhah, tapi Anglle. Raudhah pula, tak panggil encik, tapi Saggie saja.
Adakah mereka?
Namun semua itu salah apabila Saggie dan Raudhah membuat pengakuan mereka berkawan sahaja. Tapi, mesra-mesra macam tu, semua fikir lain.

No comments:

Post a Comment