Bab Sembilan=selamat tinggal sahabat, selamat jalan kasih
Konsert Memori Lama Saggitarius Band
Ahad
27 Mac 2011
9.00 malam hingga 11.00 malam
Bertempat di: Angsana, Johor
Konsert ini bertujuan untuk memperingati jasa Allayarham Sudirman dan membantu mangsa-mangsa tsunami di Jepun
Bersama-sama rakyat Malaysia membantu dan menoakan sahabat kita di sana
“ Dah siap belum. Dah bawa semua ke? Dah siap. Nura mana?” Saggie sedang sibuk mengarahkan mereka untuk memasukkan barang ke dalam bas. Hari ini adalah hari mereka bertolak. Tinggal dua hari sahaja lagi konsert itu akan berlangsung. Katanya pihak media akan membuat liputan khas pada malamnya.
Saggie mencari-cari Nura. “Saggie, i tak nak naik bas. Nanti pemandu i hantar i masa 27 Mac nanti. Lagipun i ada something nak buat dekat sini.”. “Pergilah, i tak kisah pun,” Saggie terus naik ke atas bas. “Anglle, sini,” Saggie mengajak Raudhah masuk ke dalam bas.
Mereka memandang Saggie dan Raudhah yang saling tersenyum. Sejak peristiwa malam lepas, Saggie jarang marah-marah. Sentiasa tersenyum lebih-lebih lagi Raudhah. Ohh, tak. Saggie kini tak memanggilnya Raudhah lagi. Tapi, Anglle.
Raudhah pula tak memanggil Saggie dengan panggilan ‘encik’. Panggil Saggie saja. Peristiwa ini membuatkan semua pekerja berasa tertanya-tanya tetapi tak berani hendak bersuara.
“Awak duduk situ. Saya duduk belakang awak.” Ujar Saggie mesra. Raudhah tersenyum.
Malam itu sungguh dingin. “Saggie..perlahankan air-cond,” ujar Sufian yang kesejukan. Saggie berdiri dan memperlahankan penghawa dingin. Dia ke depan. Raudhah enak dibuai mimpi. Dia duduk di sebelah Raudhah. “Sufian, nak kot saya,” Sufian memberikan kot Saggie. Saggie mengambilnya dan menyelimutkan Anglle.
Dia membelakangkan rambut Raudhah ke belakang. Terpamer wajah comelnya ketika tidur. Raudhah bersandar kepada Saggie. Terpamer rantai yang amat dikenalinya.
Oh, adakah dia yang selama ini aku cari. Dia yang selama ini nanti-nanti.
Saggie memerhatikan rantai itu. Sah, Raudhah, sekian lama ku ingin menatap kembali wajahmu. Aku telah menantimu sekian lama.
“Nur Raudhah Iman,” ucapnya perlahan apabila memegang rantai yang mempunyai huruf ‘I’ yang menarik perhatiannya.
“Lupa ya, saya ingatkan. Awak kan dah janji dengan saya awak akan sentiasa senyum sampai bila-bila. Kalau awak ada masalah, kongsi dengan saya,”
“Kenapa awak conteng buku saya, sini!!!”
“Raudhah!!!Tolong saya!!!”
“Raudhah, setelah sekian lama saya cuba mencari awak, akhirnya saya dapat menatap wajah awak lagi. Setiap hari saya berdoa agar dapat bertemu dengan awak. Segala impian saya menjadi kenyataan Raudhah. Tapi, saya tak mahu kenangan kita diingati kembali. Selamat tinggal ,Raudhah.”
Irfan kembali ke tempat duduknya. Jalan malam ini agak sesak. Tapi dadanya lebih sesak. Kereta- kereta yang berhenti seolah-olah jantungnya yang terhenti. Lampu kerendaan yang terang seolah-olah dirinya yang penuh bayangan.
Orang yang dirinduinya, kini telah berada di sisi. Tapi, entah mengapa hatinya tidak mahu kenangan itu berulang lagi. Biarlah...
Saggie memejamkan matanya. Dia tidak dapat melelapkan matanya. Arhh,
“JB... I’m coming yo!!” jerit Sufian. Raudhah di sebelahnya ketawa. “Apa pasal awak ketawa,” ujar Sufian. “Taklah, awak excited terlebih.”ujar Raudhah. “Saggie mana?” soal Raudhah. “Entah, itulah dia.” Ujar Zurhan apabila melihat Saggie membantu mengeluarkan barang dari bas.
“Nak saya tolong,” ujar Raudhah kepada Saggie. Saggie tersenyum. Namun hanya senyuman biasa. “Tak payah, awak pergilah dengan mereka,” Saggie dan beberapa orang krew mengangkat barang-barang.
Raudhah mendekati Sufian dan Zurhan. “Saggie kenapa?” soalnya. “Kenapa? Dia tak apa-apa pun. Macam biasa saja tadi. Still smile.”ujar Zurhan. Tapi tak bagi Raudhah. Dia dapat merasakan sesuatu yang aneh dalam diri Saggie.
“Eh, jomlah. Apa kata petang ni kita round dekat Danga Bay. Lagipun saya nak beli something nak bagi...”. “Ehem..ehem..” Sufian berdehem kepada Zurhan.
Zurhan tersengih. “Relax la bro. Lambat laun jodoh awak pasti ditemukan juga. Entah-entah orang Mesir.” Gurau Zurhan
Saggie mendekati mereka bertiga. “Hmm, planning tak ajak ke?”soal Saggie. Sufian tersengih. “Dia nak ajak round JB.”.
“Tak ada masa. Esok, konsert. Lepas konsert kan boleh. Ala, lepas konsert, mereka bagi satu lagi hari untuk kita rest dekat sini. Masa tu, baru enjoy habis,” Ujarnya. Raudhah memandang Saggie.
Dia tersenyum. Nampaknya tanggapan saya salahlah.
No comments:
Post a Comment