Bab tiga= kenangan terindah
“Raudhah.” Ujar Irfan.” Nak apa?”soal Raudhah.. “Aw,awak masih marahkan saya ke? Semalam tu saya minta maaflah. Bukannya saya sengaja nak langgar awak. Lagipun mama saya ni orangnya sibuk sikit.”ujar Irfan.
Raudhah mendengus. “Okay, kita berbaik.”Raudhah mengulurkan tangannya. Irfan menyambut tangan Raudhah. Irfan tersenyum.
Cikgu Khaleeda masuk ke kelas. “ Assalamualaikum semua. Sila duduk”. Murid –murid duduk di tempat mereka.
“Irfan minta tolong. Ambilkan marker warna merah dengan biru dekat pejabat”ujar Cikgu Khaleeda Irfan. Kenapa cikgu dengan Irfan macam dah kenal lama je.
Irfan kembali ke tempat duduknya selesai memberikan pen marker kepada Cikgu Khaleeda.”Irfan,” ujar Raudhah. “hmm,” jawabnya.
“ Apa hubungan awak dengan Cikgu Khaleeda?” soal Raudhah. “ Untuk apa awak tahu?” soalnya kembali. “ Nak tahu je,”. Irfan menarik nafas sedalam – dalamnya. “ Awak nak tahu? Dia kawan mama saya,”. “Ohh..”.
“Irfan,”. “Iya” Irfan menjawab perlahan. “Awak duduk mana?” soal Raudhah kepadanya. Bila sombong, sombong sangat. Dah baik banyak tanya pula. “ Taman Repriatasi Impiana” jawabnya. “ Ohh..”.
“Irfan,”. “Iya,” Hampir bosan apabila Raudhah banyak bertanya. “ Awak mesti anak orang kaya kan? Taman Repriatasi Impiana tu kan rumah dia besar – besar kan?” Raudhah memandang Irfan. Irfan sudah malas mahu melayan karenah Raudhah. Banyak sangat cakap.
“ Kenapa senyap?” soal Raudhah. “Irfan!” sergah Raudhah. Satu kelas memandang Irfan dan Raudhah. “ Raudhah, sila baca,” ujar Cikgu Khaleeda. “ Err..” Raudhah terdiam. Saat ini dia amat memerlukan pertolongan Irfan.
“ Muka surat 32, baris yang ke 2” bisik Irfan kepada Raudhah. “ Terima kasih,” Raudah terus membaca muka surat yang dikatakan Irfan. Ahh, baiknya dia.
Irfan berjalan dengan pantas. Tiba – tiba “ Gedebuk,”. Irfan terjatuh ke dalam longkang seperti nangka busuk. Kakinya sakit dan tak boleh hendak keatas. “ Tolong saya,” jerit Irfan. “Oi, tolonglah. Siapa dekat atas!!!” jeritnya.
“Irfan?” Raudhah terdengar suara Irfan tetapi tidak nampak kelibatnya. Tiba- tiba katak muncul di sebelah Irfan.
“Arghhh…katak!! Oi..tolonglah siapa ada dekat atas cepat.. arghh!!! Katak!!! Katak!!!! Mama!!!”. Jerit Irfan sekuat hati. “Irfan,” jerit Raudhah. “Raudhah, Raudhah!!! Cepat Raudhah!!! Tolong Raudhah,” jerit Irfan.
“ Awak dekat mana?” soal Raudhah. “Dalam longkang!!! Cepat tolong saya, Raudhah!!! Ada katak dekat sini,” jerit Irfan.
Raudhah hampir tergelak melihat Irfan di dalam longkang besar. Namun begitu, dia pula yang menjerit apabila terlihat katak. “ Mama!!! Katak!!! Mama!!! Katak!!!”. “Raudhah, tolonglah saya. Cepat!!!” jerit Irfan. “ Pegang tangan saya kuat – kuat,” ujar Raudhah.
“ Cepat Raudhah, katak tu..”. “ Iya, iya..cepat, 1,2,3. Iyah!!!”. Irfan menarik nafas lega.
“ Ha,ha,ha,ha,ha,ha,ha” gelak Raudhah. “ Kenapa awak gelak?” soal Irfan. “ Baju awak.” Ujar Raudhah sambil menunding jari ke arah baju Irfan.
“Arghh!!! Kotornya!!!” jerit Irfan. Dia memang amat menjaga kebersihan dan kekemasan. Antara buku ABC terkemas ialah buku kepunyaan Irfan.
“ Macam mana ni? Saya nak balik!!!” ujar Irfan. “ Eii, macam perempuan pula awak ni, gedik terlebih,”. “ Diamlah, macam mana ni?” Irfan hampir menangis.
“Ja, jangan nangis dulu. Okaylah, kita jumpa Cikgu Khaleeda nak? Mesti dia bagi baliklah,”. “ Benarkah?” soal Irfan. Raudhah mengangguk.
“Tapi, awak kena janji,” ujar Raudhah. “Janji?”. “Hmm..janji. awak kena senyum setiap hari sampai bila-bila, okay,” kata Raudhah. “Hmm, ingatkan apa tadi. Okay, senyum,” Irfan terus tersenyum seperti kerang busuk.
“ Jomlah,” Raudhah terus berjalan meninggalkan Irfan. “ Tunggulah saya,”. Raudhah tersenyum. Mungkin ini adalah hari terindah buatnya.
“ Raudhah, Ya Allah,Irfan. Kenapa baju kotor sampai macam ni?” soal Cikgu Khaleeda.
“ Err, tadi Irfan jatuh dalam longkang cikgu. Saya sarankan longkang tu dipasang penutup dia biar Irfan tak jatuh macam nangka busuk lagi,” gurau Raudhah. “Raudhah,” ujar Irfan. Cikgu Khaleeda ketawa kecil.
“ Cikgu, nak balik boleh? Saya tak selesa dalam keadaan macam ni. Bolehlah cikgu,” ujar Irfan.
“ Cerewetnya,” ucap Raudhah. “ Raudhah, sempat awak nak kenakan saya ya,” ujar Irfan.
“ Iyalah cikgu, benarkan dia pulanglah,” ujar Raudah. “ Baiklah, saya benarkan Irfan pulang. Nanti saya telefon ibu Irfan ya,” kata Cikgu Khaleeda.
Wajah Irfan terus ceria. Iyalah, dapat balik cepat.
“ Sukalah?” soal Raudhah. “Semestinya,” kata Irfan sambil tersenyum riang. Nampak comel pula. “ Eh, itu mama saya dah sampai. Saya gerak dulu ya,” .
“ Bye,” Raudhah melambai ke arah Irfan. Irfan membalas lambaian Raudhah. Raudhah tersenyum riang.
Hari ini kepala Irfan agak kusut sedikit. Meja belajarnya bersepah. Sudah beberapa kali dikemasnya tetapi ia akan bersepah kembali. “ Raudhah, boleh tak kalau awak kemas meja ni. Saya dah kemas buat kali ketiganya, awak asyik sepahkan saja,” ujar Irfan.
“ Nanti saya kemaslah, awak ni nak sangat bersih. Baju bersih, kena sambal sikit, marah macam apa. Meja sepah, asyik kemas saja. Dekat rumah awak pembantu awak tak kemas bilik awak ke?” soal Raudhah.
“ Tak, saya tak suka orang masuk bilik saya termasuk mama dan papa saya melainkan bila bilik tu nak diubah.” Jawabnya. “ Habis, awaklah yang setiap hari kemas bilik ya?” soal Raudhah lagi.
“ Ya, sekarang meja ni bersepah. Pensel awak tu, tak boleh letak dalam kotak pensel Mickey Mouse awak yang tak berapa comel?” kata- kata Irfan menyebabkan Raudhah geram dan menconteng sedikit buku ABC Irfan.
“ Kenapa awak ni? Habislah buku saya! Sini,” Irfan menconteng pula buku Raudhah. “ Hish,” Raudhah menconteng buku Irfan kembali. Irfan membalasnya.
Maka terjadilah aksi conteng menconteng buku ABC masing-masing. Cikgu Khaleeda menghampiri mereka berdua.
“ Irfan, Raudhah, kenapa awak ni? Ya Allah…habis buku awak berdua conteng. Dah tak ada kerja lainkah? Sekarang saya nak awak berdua padam balik apa yang awak berdua buat.” Cikgu Khaleeda berwajah marah. Inilah kali pertama dia melihat Cikgu Khaleedanya marah dengannya.
Irfan dengan mukanya yang tersengih memadam kembali apa yang diconteng Raudhah. Dia sendiri tidak mengerti mengapa dia tidak marah sedikitpun kepada Raudhah.
Raudhah memadam bukunya dengan perasaan yang marah berbaur gembira. Dia marah kepada Irfan kerana tersengih – sengih semasa memadam buku. Macam tak ada apa – apa yang berlaku pula. Dia gembira kerana dapat membalas denam kepada Irfan kerana mengatakan Mickey Mouse tak comel. Padan muka!!!
No comments:
Post a Comment